Taklimat Kolaborasi Antara Skmm Dan Pejabat Daerah Sebauh
25 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2024, NADI Sebauh telah mengadakan sebuah taklimat yang merupakan kolaborasi antara SKMM Bintulu dan Pejabat Daerah Sebauh. Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalan NADI dan perkhidmatan-perkhidmatan baru setelah disusun semula oleh Jabatan NADI. Taklimat ini telah disertai oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bahagian Sebauh. Selain itu, taklimat KDB juga dijalankan semasa taklimat ini berlangsung dimana petugas NADI menyampaikan taklimat mengenai pelbagai penipuan atas talian serta vandalisme yang berleluasa di Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: